Kelas E-Learning Typing Test

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 07 September 2019 telah diadakan satu Kelas E-Learning Typing Test yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk menaip dengan pantas. Di laman Typing test ini, mereka diberikan masa selama 1 minit untuk menaip teks yang disediakan.

Selepas 1 minit, ianya akan menujukan rekod kelajuan, kesalahan ejaan dan juga jumlah perkataan yang telah di taip. Melalui masa ini, mereka dapat melihat tahap kemahiran dalam menaip dengan pantas. Di laman Typing test ini juga, mereka boleh membuat latihan bagi meningkatkan kemahiran menaip.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali